Wednesday 22 August 2012

Inilah Cara Spammer Mendapatkan Email Anda




Adakah anda di antara pengguna-pengguna internet yang sentiasa mendapat email dari mereka-mereka yang anda tidak kenali dan mempromosikan berbagai iklan mereka? Sedangkan anda tidak pernah pun memberikan alamat email anda kepada mereka. Adakah anda tidak senang hati dengan keadaan yang sedemikian? Tahukah anda bagaimana sebenarnya mereka dapatkan email anda?

Ada beberapa cara biasanya mereka mendapatkan email anda, antaranya :

1 - Spammer akan membeli secara haram senarai email pengguna. Mungkin mereka akan membelinya dari suatu laman web yang anda mendaftarkan email padanya. Maka jangan percaya semua laman web untuk mendaftarkan email anda. Pekerja-pekerja di ISP (Internet Service Provider) yang tidak jujur juga kadangkala menjual maklumat yang mereka ambil dari server kerja. Ini boleh berlaku seperti dalam ebay atau pasaran gelap. Penggodam (hackers) juga boleh menceroboh dan mencuri senarai ISP pelanggan.

2 - Spammer akan menggunakan program 'penuaian' yang menjelajah internet seperti Google dan Yahoo, dan menyalin teks yang mengandungi aksara "@". Mereka juga mengekstrak alamat email dari chat room, forum, ruangan komen pada blog dan posting di Usenet.

3 - Spammer akan menggunakan 'kamus' (brute force) program-program seperti hackers.

4 - Anda akan secara tidak sedar sukarela memberikan email anda kepada servis-servis online yang tidak jujur yang mempelawa anda untuk subscribe/unsubscribe. Mereka akan menjual email anda untuk mendapatkan komisyen. Ada link unsubscribe sebenarnya bukan untuk unsubscribe (berhenti melanggan), tetapi untuk mengesahkan bahawa ada pengguna sebenar terhadap email tersebut.


Cara-Cara Mengelakkan Diri Dari Mendapat Email Spam

1 - Pada Newsgroups, Forum, ruangan komen pada Blog dan Chat hendaklah anda menyamat email anda. Contoh seperti email anda ialah anda@yahoo.com , maka menyamarlah seperti anda@yaBUANGhoo.com. Maka email sebenar anda tidak dapat dicuri oleh spammer , dan orang-orang yang mahu menghantar email kepada anda hanya boleh dilakukan dengan mereka membuang sendiri perkataan BUANG dalam email penyamaran itu.

2 - Jangan klik link dalam mesej spam, termasuk link unsubscribe. Ini sering mengandungi kod yang mengenalpasti alamat e-mel penerima, dan boleh mengesahkan spam telah disampaikan dan bahawa anda menjawab.

3 - Jangan daftar email anda merata-rata termasuk laman-laman web yang tidak begitu penting bagi anda dan yang tidak boleh dipercayai.

4 - Apabila membalas posting pada newsgroup, jangan sertakan email anda.

5 - Jangan buka mesej spam secepat mungkin. Sering mesej spam disertakan 'web beacon' yang membolehkan para spammer menentukan berapa banyak, atau alamat e-mel mana yang telah menerima dan membuka mesej.

6 - Pastikan bahawa software anti-virus 'up to date'. Kebanyakan virus dan Trojan mengimbas hard disk untuk alamat e-mel untuk menghantar spam dan virus. Elakkan spam kenalan anda dengan menjaga software anti-virus up to date.

7 - Gunakan firewall yang dibekalkan dengan sistem operasi anda, atau menggunakan firewall dari sebuah syarikat terkemuka.

8 - Jangan menjawab e-mel permintaan untuk mengesahkan lagi butiran akaun anda. Bank anda, syarikat kad kredit, eBay, Paypal, dll, sudah mempunyai butiran akaun anda, jadi tidak perlu untuk mengesahkan mereka lagi.

9 - Jangan berikan butiran login anda kepada sesiapa pun melainkan kepada orang yang betul-betul anda percaya yang tidak akan mengkhianati anda.

10 - Dan sekiranya email anda sudah terlalu banyak terdedah kepada spammer, maka anda boleh pertimbangkan untuk menggantinya dengan alamat baru dan maklumat kenalan anda dari alamat baru.




Tips Menghafal Al-Quran Bagi Yang Bukan Aliran Tahfiz




Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).


Tip 1 – Bangun awal
Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.



Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat
Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.



Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu
Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.



Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda
Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut



Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat
Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.



Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda
Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.



Tip 7 – Perbaiki tajwid anda
Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.
Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.




Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan



Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.
Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.
Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.



Natijahnya



Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.



Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.



Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.



Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:



Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.



Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.



One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…



“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)


Saturday 10 March 2012

Bersahabat



Assalamualaikum...


Apabila BERTEMAN; jangan mengharapkan KEISTIMEWAANNYA,
Kerana engkau mungkin MEMBENCI tatkala ketemu KELEMAHANNYA..
Apabila BERKAWAN; jangan mengimpikan KESEMPURNAANNYA,
Kerana engkau mungkin MENCELA andai terlihat KECACATANNYA..
Apabila BERSAHABAT; jangan bersandarkan HARTA MILIKANNYA,
Kerana engkau mungkin MENGHINDAR tatkala dia dihimpit KEMISKINAN..


Tetapi BERUKHWAHLAH KERANA ALLAH SWT..
Nescaya akan lahir PERSAHABATAN yang TULUS..
Yang dengannya akan saling BERKONGSI KENIKMATAN,..
Yang dengannya akan saling MENDOKONG KESULITAN..
Yang dengannya akan saling MENASIHATI kepada KEBAIKAN..
Yang dengannya akan saling MELENGKAPI tiap-tiap KEKURANGAN dengan KELEBIHAN yang dimiliki.. DEMI MENDAMBAKAN REDHA ILAHI..!


InsyaALLAH..(◕‿◕)..Barakallahufikum..!
:: ☑ Jom muhasabah
:: ☑ Dakwah hati
:: ☑ Tarbiyah diri

Tuesday 24 January 2012

SANG PEMILIK

..Aku tidak pernah memilihmu untukku.Tapi Allah yang telah memilihmu untukku.. Aku tidak pernah berharap mencintaimu.. Tapi Allah yang telah menundukkan hatiku untuk memberikan cinta ini padamu.. Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu.. Tapi Allah yang telah menentukan jalan hidupku untuk mendampingimu.. Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu.. Tapi Allah yang telah memberikan rasa ini dan harus ku tanggung atasmu.. Itulah aku adanya.. Tidak pernah berkuasa untuk mengatur hatiku sendiri.. Kerana Sang Pemilikku yang telah menentukan harus bagaimana, memberikan rasa pada siapa, menanggung rasa yang bagaimana, aku harus berada di samping siapa dan untuk apa.. - sumber @Najwa Atheerah

APABILA SEORANG LELAKI...

Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya Perempuan : Awak.. Kenap awak tak penah ajak saya tengok wayang atau keluar jalan-jalan macam pasangan lain? Lelaki : Saja je.. Perempuan : Saja ke atau awk malu nak kuar ngan saya? Lelaki : Mana ada.. Perempuan : Kenapa kita tak penah gayut malam-malam macam pasangan lain? Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit.. Perempuan : Sampai hati awak kan? Kenapa ye kwn saya panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awak tak pernah pun panggil saya ''sayang''? Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah.. Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat-ayat kekasihnya.. Beberapa minit kemudian dia menerima satu mesej.. Lelaki : Saya tak penah ajak awak keluar tengok wayang dengan jalan-jalan sebab nanti bila kita dah kahwin, awak takkan rasa boring nak keluar dengan saya dan saya nak saat tu nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup saya.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Macam-macam boleh terjadi kan? Saya tak nak gayut ngn awak malam-malam bukan sebab saya nk save kredit ke ape tapi saya tak nak diri saya hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah saya mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya saya akan lebih menghargainya.. Saya tak panggil awk sayang bukan saya geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awak ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awak takkan rasa bosan mendengarnya dan dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Saya sangat mencintai awak dan saya janji suatu hari nanti awak akan merasai apa yang orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri.. Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yang sah".